TM Smart School telah berjaya mengadakan program “menderma sambil beramal” bertempat di Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong pada 22hb September 2008 yang lepas.
TM Smart School telah menyumbang 1 set perisian multimedia bernilai RM2600 dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi matapelajaran B.Melayu, B.Inggeris, Matematik dan Sains sebagai bahan bantuan rujukan, 2 set komputer, rak CD, pakaian, wang tunai daripada kakitangan serta juadah berbuka puasa.
Majlis penyerahan sumbangan itu disampaikan kepada pengetua RALK, Pn Rabaah oleh Ketua Pegawai Eksekutif TM Smart School, En Zainuddin Ismail dengan diiringi oleh En. Analiz Alias dari Bahagian Jualan & Pemasaran.
Pn. Rabaah menyuarakan kegembiraan terhadap sumbangan itu kerana ini merupakan sumbangan terulung berbentuk bahan bantuan belajar multimedia dan TM Smart School merupakan penderma pertama. Beliau berharap dengan adanya perisian itu, prestasi akademik anak-anak yatim akan bertambah cemerlang.
RALK kini dalam proses untuk mendirikan lagi bangunan bagi menempatkan penghuni rumah tersebut yang kian bertambah.
Program “Give for A Change” di Rumah Amal Limpahan Kasih disambut baik
by TM Smart School | 3/19/2009 02:29:00 AM in |
0 comments:
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)