Reinventing Education

Jom Pi Menara TM Smart School mendapat sambutan menggalakkan!!

by TM Smart School | 3/19/2009 02:30:00 AM in |

19 Disember 2008 - Sempena cuti sekolah hujung tahun, TM Smart School mengambil inisiatif untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah rendah khususnya dengan pendedahan pembelajaran berlandaskan ICT menerusi produk yang disediakan oleh TM Smart School.

Seminar percuma yang disediakan oleh TM Smart School ini telah diadakan pada 19hb Disember bertempat di Tingkat 50, Menara TM.

Antara agenda yang disediakan pada seminar tersebut adalah:

· Pengenalan kepada BestariEd Multimedia CD Courseware & eExam online

· Tips bagaimana memaksimumkan penggunaan BestariEd Multimedia CD & eExam online

· Kelebihan BestariEd & eExam kearah mencapai 5A

· Testimonial pelajar UPSR 2008 – Pengguna eExam.

· Motivasi – Perancangan Pelajar Menjelang 2009

Program yang bermula dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari ini disertai seramai 90 peserta termasuk ibubapa. Peserta juga disediakan sarapan pagi dan cenderahati daripada TM Smart School dan pihak penaja.

Program ini turut diselang-selikan dengan aktiviti senamrobik dan tarian bagi mendapatkan perhatian peserta serta membangkitkan keseronokan peserta sepanjang program berlangsung.

Selari dengan kepentingan ICT, peserta didedahkan dengan penggunaanya melalui perisian multimedia BestariEd. Perisian multimedia BestariEd yang merangkumi matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi Tahun 1 hingga Tingkatan 5 ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program yang sama juga akan dijalankan sepanjang tahun 2009 dalam usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar di alaf baru. Ini kerana kajian juga menunjukkan bahawa pembelajaran yeng berlandaskan teknologi seperti animasi dapat meningkatkan daya ingatan kanak-kanak serta memudahkan pemahaman mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai program yang akan diadakan pada 2009 atau produk-produk yang disediakan oleh TM Smart School, anda boleh berhubung dengan Suzy atau Linda di talian bebas tol di 1-300-88-5252 atau www.bestaried.com.my

0 comments: